WWW.ABSTRACT.XLIBX.INFO
FREE ELECTRONIC LIBRARY - Abstract, dissertation, book
 
<< HOME
CONTACTS



Pages:   || 2 | 3 |

«ASAS PENCIPTAAN ALAM SEMESTA AGAMA HINDU DAN AGAMA BUDDHA: KAJIAN PERBANDINGAN Norakmal Azraf Bin Awaluddin Jabatan Usuluddin dan Falsafah Fakulti ...»

-- [ Page 1 ] --

ASAS PENCIPTAAN ALAM SEMESTA AGAMA HINDU DAN AGAMA BUDDHA:

KAJIAN PERBANDINGAN

Norakmal Azraf Bin Awaluddin

Jabatan Usuluddin dan Falsafah

Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia

Ibnu_ddin@yahoo.com

Indriaty Binti Ismail

Jabatan Usuluddin dan Falsafah

Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia

indriaty@ukm.my

Abstrak

Tulisan ini membincangkan mengenai asas penciptaan dalam agama Hindu dan agama Buddha. Secara umumnya asas penciptaan alam semesta yang dipercayai oleh agama Hindu berlandaskan kepada konsep ketuhanan sehinggakan Tuhan menyerapi setiap unsur alam semesta dan alam semesta adalah Tuhan (panteisme) dan kepercayaan kekuasaan kepada Tuhan yang lain (henoteisme). agama Buddha meletakkan asas penciptaan kepada konsep sebab dan akibat (patticasamupadda) sehingga menafikan kuasa ketuhanan dalam penciptaan alam semesta (ateisme). Objektif pertama tulisan ini adalah untuk menyingkap secara teliti asas penciptaan alam semesta agama Hindu dan agama Buddha. Objektif kedua adalah untuk membandingkan asas penciptaan yang dikemukakan oleh kedua-dua agama ini. Bagi menjawab segala objektif ini, penulis menggunakan metodologi pengkajian perpustakaan secara menyeluruh dengan menggunakan sumber autoriti dan sumber sekunder agama-agama yang dinyatakan.

Kata Kunci: Asas Penciptaan, Brahma, Maya dan Sebab akibat (patticasamupadda)

1. Pendahuluan Menurut Brian (2008) doktrin atau teori penciptaan alam semesta mempunyai persamaan antara agama-agama seperti Islam, Kristian dan Yahudi. Sementara agama-agama lain seperti Hindu dan Buddha wujud jurang perbezaan yang menjadi hak eksklusif agama-agama ini mengikut sudut pandang dan kepercayaan mengenai konsep ketuhanan itu sendiri. Justeru, terdapatnya formula penciptaan yang berasaskan konsep creation ex nihilo, nihilo dan sebagainya yang bergantung pada asas kepercayaan utama sesebuah agama iaitu ketuhanan. Justeru, tulisan ini menyingkap berkaitan dengan asas penciptaan alam semesta dalam agama Hindu dan Buddha untuk melihat konsep asas dan perbezaan yang terkandung dalam kedua-dua agama ini.

2. Asas Penciptaan Agama Hindu Asas penciptaan berpaksikan ketuhanan yang bertindak sebagai Pencipta alam semesta. Terdapat tiga asas ketuhanan iaitu Tuhan Pencipta (Brahma), Tuhan Penjaga (Vishnu) dan Tuhan Pemusnah (Shiva) yang diberi nama (Trimurti). Sesuatu yang menjadi perbezaan dalam konsep ketuhanan agama Hindu Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1369 adalah Trimurti dilimpahkan (emanate) oleh Tuhan yang Agung, Kekal dan sifatnya tidak aktif (saguna) iaitu Brahman. Menurut Durga (2004) Tuhan dijadikan oleh Tuhan yang lebih Agung. Menjadi kekeliruan masyarakat di luar agama Hindu bahawa agama Hindu mempercayai kepada kepelbagaian dalam ketuhanannya (politeisme) sehingga menjangkau jumlahnya 3 juta Tuhan. Namun, secara pemahaman sebenar yang dianuti oleh agama Hindu itu sendiri hanya ada satu kekuasaan yang mutlak dan ia adalah Brahman dan setiap daripada kewujudan sama ada Tuhan, dewa-dewa dan makhluk adalah berpunca daripada Brahman. Penulisan ini, hanya menumpukan kepada Tuhan Brahma kerana penganut agama Hindu dan pengkaji-pengkaji agama Hindu menganggapnya sebagai Tuhan Pencipta.

2.1 Brahma

Menurut kitab Rig Veda, Brahma membawa maksud pemujaan, ritual penyembahan, pengetahuan yang suci dan formula ajaib. Seterusnya dalam kitab Upanishad, Brahma ditulis dengan perkataan Brahmavat iaitu yang memiliki formula ajaib dan brahma-varcasa iaitu pemilik yang berkuasa memiliki pengetahuan yang mulia. Perkataan Brahma ini juga sangat signifikan dengan kuasa yang terdapat di dalamnya pujaan, doa, formula suci dan juga pengetahuan suci. Apa sekalipun maksud yang terdapat dalam karyakarya agama Hindu, ia cenderung untuk menjurus kepada pemberian sifat Brahma sebagai asas alam semesta iaitu kuasa yang menciptakan dan menjaga alam semesta (Hume, 1968: 15).

Asas penciptaan mempunyai dua paksi teori iaitu paksi penciptaan Tuhan sebagai Pencipta dan paksi penciptaan alam semesta yang diciptakan oleh Brahma. Paksi pertama adalah penciptaan Brahma oleh Tuhan Brahman. Penciptaan Brahma lebih bersifat mitos, lagenda, versi yang pelbagai dan tiada keselarian mengenai proses penciptaan-Nya. Kebanyakannya menceritakan Brahman mengalami kesunyian kerana sekelilingnya diselubungi kosong (asat). Justeru Brahman telah melimpahkan prinsip kreatif (Ishavara) atau Brahma daripada kosmik telur (egg cosmic). Digambarkan dalam telur tersebut, Brahma berkeadaan duduk (bermeditasi) selama 1 tahun ketuhanan (bersamaan 3110.4 bilion tahun manusia). Bermulanya penciptaan Brahma, maka bermula juga segala aktiviti penciptaan alam semesta,

Dia adalah Sebab Efisien kepada semua penghasilan segala kewujudan di alam semesta (Nrusingh, 1991:

272-274). Dalam kitab Bhagavatam:

Siapa yang mengatakan Hari (Vishnu), Hara (Shiva) dan Brahma iaitu si Penjaga, si Pemusnah dan si Pencipta kepada seluruh alam semesta tidak mengetahui apa-apa? Ketiga-tiga ini diciptakan oleh Tuhan Brahman: mereka bekerja mengikut apa yang telah dipertanggungjawabkan (buku 3, bab 5, 4: 131).





Paksi pertama dalam teori kejadian alam semesta adalah penceritaan mengenai penciptaan Tuhan yang menjadikan teori kejadian alam agama ini bersifat mitos dan memberi rentetan kisah dan pengaruh kepada paksi kedua iaitu paksi penciptaan alam semesta yang diciptakan oleh Brahma yang bersifat logik, falsafah dan mitos. Pada awalnya kesemua kewujudan alam semesta dilahirkan sebagai Purusha iaitu prinsip kosmik yang bersifat jiwa, halus dan tiada bentuk fizikal (idea). Seterusnya Brahma sekali lagi bermeditasi di dalam telur kosmik selama beberapa tahun ketuhanan, lalu telah membahagikan telur ini kepada dua bahagian iaitu kerajaan langit dan kerajaan bumi yang mana telah diciptakan langit dunia sebagai pemisah kedua-dua kerajaan ini. Proses kejadian Tuhan adalah asas teori kejadian alam agama Hindu yang seterusnya telah menciptakan penciptaan awal alam semesta

mengikut kehendak Brahma (Shivendra 2008). Dalam kitab Brihad-Aranyaka Upanishad (1.4.6):

Kemudian Dia (Brahma) menggosok dan daripada mulutnya terjadi percikan api (yoni) dan gosokan di tangannya tadi menjadikan api (agni). Lalu apa-apa yang bersifat kelembapan suhu, Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1370 dia menjadikan air mani dan itu adalah Soma iaitu makanan dan pemakan makanan. Oleh yang demikian, Brahma adalah pencipta yang berkuasa dengan menciptakan dewa-dewa, pembantunya. Sesungguhnya Dia mengetahui apa yang perlu diciptakan dalam tugasnya sebagai Pencipta alam semesta (Anandatirtha, 1916: 70) Seterusnya, dalam kitab yang sama (3.7.3), menyifatkan Brahma bukan sahaja Tuhan yang menjadikan tetapi Dia juga entiti yang dianggap Pengawal Dalaman (Inner Controller) atau Jiva. Sifat ini adalah sinonim kepada sifat Brahma yang akan menyerapi setiap elemen alam semesta apabila segalagalanya sudah lengkap diciptakan. Brahma adalah Pengawal Dalaman setiap makhluk di alam semesta,

iaitu:

Dia yang menetap di dalam tanah ini, dia bukan berasal dari unsur tanah, siapa yang tidak mengenal dia, siapa yang mengawal dan mengatur tingkah laku yang berada dalam unsur tanah

ini. Ia adalah Jiwa kamu, Pengawal Dalaman dan Dia adalah kekal abadi (Anandatirtha, 1916:

115) Kepercayaan Brahma sebagai Tuhan Pencipta alam semesta, menggambarkan agama Hindu adalah agama teistik. Brahma memiliki sifat dan zat ketuhanan yang sempurna dan berkeupayaan untuk menyerapi elemen dan unsur alam semesta seperti pokok, manusia dan lain-lain makhluk untuk menjaga dan menjalankan alam semesta ini yang bertindak sebagai Pengawal Dalaman atau Jiva. Justeru itu kefahaman panteisme merupakan sebahagian dari sifat dan zat Brahma. Sebagaimana Brahman telah memindahkan kerahmatan dan kuasa penciptaan kepada Brahma, begitu juga Brahma menyerahkan tanggungjawab untuk menjalankan dan menggerakkan penciptaan alam semesta kepada satu kuasa ketuhanan yang lain dan sebahagian daripada zat Brahma itu sendiri iaitu Maya.

2.2 Maya

Peranan Maya dalam asas teori ini kerana anggapan agama Hindu terhadap Brahma hanya sebagai Pencetus alam semesta yang memiliki kehendak. Analoginya seorang pembuat periuk tanah. Peranan Brahma hanya sebagai minda dan kehendak tukang pembuat yang mahu menghasilkan periuk tanah, manakala peranan Maya adalah sebagai si pembuat belanga tersebut yang melalui kudrat empat keratnya menggelek tanah sehingga menjadi periuk tanah. Dalam Kitab Bhagavad Gita menceritakan

Maya sebagai:

Untuk semua ini adalah kuasa kreatif, Aku yang menghasilkan semua juzuk alam semesta, ketuhanan dan ia sesuatu yang sukar untuk dijangkau sama sekali. Sesiapa yang patut mempercayai Aku seorang, seharusnya diletakkan kepada kuasa aku yang luar biasa (Maya) (Zaehner, 1969: 14).

Maya merupakan kuasa penggerak alam semesta yang wujud dalam bentuk halus (subtle form), tidak berbentuk (formless) tetapi mutlak. Maya memiliki persamaan dengan Brahma iaitu abadi dan tidak berbentuk, namun Maya dikategorikan sebagai entiti yang tiada kehidupan (lifeless). Maya hanya sekadar kuasa dan tenaga yang bertindak untuk menggerakkan penciptaan alam semesta, tiada jasad dan tiada makan. Brahma mempunyai kehendak dan pemikiran yang mahu menjadikan alam semesta.

Maya adalah tenaga yang menjadikan dan merealisasikan proses kejadian alam semesta. Ia tidak tertakluk kepada proses penciptaan sahaja, bahkan meliputi aktiviti penjagaan dan kemusnahan alam semesta. Setiap makhluk sama ada yang mempunyai kehendak atau tidak, akan tertakluk kepada batasan ruang dan masa. Jiwa (roh) sifatnya abadi walaupun jasad menjadi rosak. Kehidupan adalah Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1371 hasil daripada perasaan mengenai kewujudan ‘saya’ (Tuhan). Kehidupan akan memberikan perasaan mengenai ‘saya’ (Tuhan), perasaan ini tiada wujud dalam Maya dan disebabkan itu Maya dianggap lifeless (Swami Prakashanand, 2001: 445).

Peranan Maya mula wujud sejurus selepas Brahma berkehendak untuk menjadikan. Permulaan penciptaan alam semesta digelar sebagai penciptaan atau emanasi (srsti) dan kemuncak kepada alam semesta adalah kehancuran (pralaya). Penciptaan dan kehancuran alam semesta adalah hasil tuntutan tugas bagi Maya. Walaupun kekuasaannya boleh disalah ertikan sebagai Tuhan, tetapi Maya tidak dianggap sebagai Tuhan kerana ia sekadar sebahagian sifat dan zat Brahma serta Maya hanya sekadar tenaga yang menggerakkan alam semesta. Walaupun proses menggerakkan alam semesta ini terletak di bawah kekuasaan Maya namun segala perjalanan dan pergerakan alam semesta masih tertakluk kepada kehendak Brahma dan Maya tidak boleh membuat sesuatu luar dari kehendak Brahma. Sebagaimana yang telah dijelaskan, sesuatu yang tiada minda dan kehidupan seperti Maya adalah entiti yang tidak mungkin dan tidak boleh untuk merosakkan sistem ini (Nrusingh, 1991: 281).

Maya tidak akan wujud tanpa kualiti di dalamnya. Kualiti atau sifat yang dimaksudkan adalah sattva, raja dan tama yang digelar sebagai rantaian Guna (Zaehner, 1969: 15). Agama Hindu mempercayai tiada makhluk atau kewujudan yang akan dapat terkeluar daripada interaksi hubungan sattva, tama dan raja. Hubungan ketiga-tiga kualiti ini seperti positif (sattva), negatif (tama) dan neutral (raja), lelaki, perempuan dan khunsa, hidup, mati dan kelahiran semula. Ketiga- tiga kualiti ini tersemat dan seimbang di dalam Maya dan menyeimbangkan hubungan yang berlaku dalam alam semesta (Swami Prakashanand, 2001: 148). Dalam Kitab Bhagavatam menyatakan berkenaan peranan guna,

iaitu:

Narada!, kamu lihat ketiga-tiga kualiti ini tiada akan bergerak secara sendirian dan tiada yang mampu membebaskan diri dari ketiga-tiga kualiti ini. Mereka akan kekal berdua (sattva dan tama) atau bertiga. Sattva tidak akan pernah wujud tanpa raja; raja tidak akan wujud tanpa tama; dan kedua-dua kualiti tidak akan wujud tanpa tama. Begitu juga tama tidak akan wujud tanpa sattva dan raja. Ketiga-tiga kualiti ini akan kekal bertindak secara bersama-sama (buku tiga, bab 8, 42-44: 149)

3. Asas Penciptaan Agama Buddha

Memahami asas penciptaan agama Buddha, perlu terlebih dahulu memahami pandangan umum (worldview) agama Buddha mengenai alam semesta. Ini akan memberi gambaran mengenai persoalan mengapa tiada campur tangan ketuhanan yang diserlahkan dalam teori kejadian alam semesta agama Buddha? (Lynch, 2010: 1). Sebagaimana yang tercatat dalam kitab Dhammapada alam dunia dianggap

sebagai lokavaggo. Keterangan adalah seperti berikut:

Mari, lihat dunia ini ibarat kereta kuda diraja yang dicat cantik dan indah, Hanya orang yang bodoh sahaja yang akan tenggelam dengan itu tetapi, bagi yang bijak tiada apa-apa sumbangan dari kereta kuda itu (dunia).

(Radhakrishnan, 1968: 118) Agama Buddha menegaskan manusia yang leka dengan nikmat dunia adalah manusia yang paling bodoh kerana tenggelam dengan nikmat dan urusan pengkajian dunia. Justeru, prinsip agama Buddha memandang alam semesta adalah sesuatu yang biasa, sekadar tempat tinggal dan sekadar kereta kuda, telah menjadikan agama Buddha tidak gemar untuk menyingkap perbincangan mengenai Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1372 teori kejadian alam. Bagi agama ini, untuk apa mengkaji sesuatu yang tidak membawa faedah kepada manusia? Crutcher (2000) melihat agama Buddha mempunyai sistem pengkajian alam semesta dalam sudut pandangan yang berlainan. Baginya, agama Buddha telah mencapai satu tahap pengetahuan di mana alam semesta dilihat terlalu luas dan tidak meninggalkan apa-apa untuk dikaji, lalu mengambil pendekatan tidak perlu mengkaji alam semesta. Justeru itu, matlamat agama Buddha lebih menumpu kepada melakukan reformasi kuasa yang menggerakkan alam semesta. Dimaksudkan dengan mereformasi kuasa yang menggerakkan alam semesta adalah Prinsip Utama yang dipegang agama Buddha tidak meletakkan Tuhan sebagai kuasa penggerak tetapi sebab dan akibat.



Pages:   || 2 | 3 |


Similar works:

««Die Schweiz iSt eine Mini-OSze»: PerSPektiven auf DaS Schweizer OSze-vOrSitzjahr 2014 von Christian Nünlist 2014 übernimmt die Schweiz zum zweiten Mal den Vorsitz der Organisation für Sicherheit und Zusammenarbeit in Europa (OSZE). Die Schweiz hat gute Erinnerungen an ihre aktive Mitwirkung in der OSZE in der Vergangenheit. Doch die OSZE hat im letzten Jahrzehnt an Relevanz verloren. Eine neue Ost-West-Spaltung blockiert die Organisation. Die traditionellen Stärken der Schweiz als...»

«BATCH JOB / JCL GUIDLINES All user data at SCO will be under the control of SMS and HSM Storage Management. Job Control Language, must follow the SCO storage standards defined in the SMS and HSM documentation standards (See: SMS.\STANDARDS\DFSMS-Standards.doc and HSM STANDARDS\HSMstandards.doc A batch job is a unit of work identified by a JOB CARD statement, RJE, and followed by one or more EXECUTION and DD Statements. Good job management, the collective functions of job scheduling and command...»

«Evaluation of an in situ formed Bioresorbable Membrane and Hyperbaric Oxygen on Bone Regeneration using Alloplastic Bone Substitutes in Critical Sized Rabbit Calvarial Defects by Craig Curtis Humber A thesis submitted in conformity with the requirements for the degree of Master of Science Graduate Department of Dentistry University of Toronto © Copyright by Craig Curtis Humber 2010 Evaluation of an in situ formed Bioresorbable Membrane and Hyperbaric Oxygen on Bone Regeneration using...»

«A VESZPRÉMI PUTEUS LEPROSORUM írta: P A L L A ÁKOS (Budapest) m a g y a r egészségügy az első évezred küszöbén — h a ­ A sonlóan más európai nemzethez, m e l y e k sorában talán csak a német, francia és spanyol területek gyógyítói ellátása képez kivételt — a l i g számba vehető. E ténykedés az állam­ alapítás korában, h a szerepet játszik, alárendelt és karitatív jellegű, s m i n t i l y e n, maradandó n y o m o t i g e n keveset h a g y o t t a...»

«ABSTRACTS OF CONFERENCE PRESENTATIONS Samson U. Ani, John Marnell, and Muzi Muthembu We are here! LGBTI migrant experiences in South Africa There is a silence – both socially and in research – around LGBTI migrants in South Africa, particularly how their daily struggle for survival impacts on their lives, their mental and physical health, and their sexuality or gender identity. This presentation will examine the xenophobia, stigma, discrimination and human right issues facing LGBTI migrants...»

«Election and Calling: A Biblical/Theological Study (Dr. Greg Welty, Southwestern Baptist Theological Seminary) Introduction  My assigned topic is: “Election and Calling: A Biblical/Theological Study”. According to my seminary president, Dr. Paige Patterson, “If one wishes to know what most Baptists believed during the formative days of the Southern Baptist Convention, he will discover it in this volume,” that is, in J. L. Dagg’s Manual of Theology.1 He continues by saying that...»

«Péter H. Mária Az erdélyi gyógyszerészet magyar vonatkozásai Az Erdélyi Múzeum-Egyesület kiadása Kolozsvár, 2002 A kézirat előkészítését és a kötet megjelenését a Nemzeti Kulturális Örökség Minisztériuma és az Arany János Közalapítvány a Tudományért támogatta. A szerzőt az adatgyűjtésben a Domus Hungarica Scientiarium et Artium háromhónapos kutatói ösztöndíjjal segítette. Lektorálta Kiss András ny. főlevéltáros dr. Feszt György konzultáns...»

«Гинекология Handbook of Gynaecology Management SYLVIA K. ROSEVEAR MD, FRCOG Consultant Obstetrician and Gynaecologist b Blackwell Science СИЛЬВИЯ К. РОУЗВИА Гинекология Справочник практического врача Перевод с английского Под общей редакцией акад. РАМН Э.К.Айламазяна 2 е издание Москва «МЕДпресс информ» УДК 618.1 ББК 57.1 Р79 Все...»

«Fehringer C, Corrigan KP.The rise of the going to future in Tyneside English: evidence for further grammaticalisation. English World-Wide 2015, 36(2), 198-227.Copyright: © John Benjamins. This is the authors’ accepted manuscript of an article published in its final definitive form by John Benjamins Publishing Co., 2015. The publisher should be contacted for permission to re-use or reprint the material in any form. Link to published article: http://dx.doi.org/10.1075/eww.36.2.03feh Date...»

«Edward Snowden: Ein ‘Nation’ Interview Original: http://www.thenation.com/article/186129/snowden-exile-exclusive-interview?page=full In einem umfangreichen Gespräch spricht Edward Snowden über den Überwachungsstaat, das amerikanische politische System und den Preis, den er für sein Verständnis von Patriotismus zahlen musste. Katrina vanden Heuvel und Stephen F. Cohen, 28. Oktober 2014 Dieser Artikel erscheint in der The Nation-Ausgabe vom 17. November 2014. Am 6. Oktober kamen die...»

«Bulletin of the International Society of Soil Science •Mmm de l'Association Internationale de la Science du Sol der Internationalen Bodenkundlichen Gesellschaft de la Sociedad Internacional de la Ciencia del Suelo No. 82/83 IW2/2 IW3/1 INTERNATIONAL SOCIETY OF SOU, SCIENCE ASSOCIATION INTERNATIONALE DE LA SCIENCE DU SOI. INTERNATIONALE BODENKL'NDI.ICHE GESELLSCHAFT Foiinded/Fondée/Gegriindet: 19-05-1924. Individual membership/Membres individuels/Individuelle Mitgliedschaft: 7000. Affiliated...»

«5th WORLD PIANO CONFERENCE June 27 to July 03, 2013, Novi Sad, Serbia iedrich Fr sche drich Nietz Frie etzsche Ni.this is why souls that are over come with happiness generally feel more grateful to music than others and better ones do: for they see and hear through music, as through a coloured mist, their love becoming, as it were, more distant, more touching, and less heavy. Music is the only means that such people have of observing their extraordinary condition and of becoming aware of its...»





 
<<  HOME   |    CONTACTS
2016 www.abstract.xlibx.info - Free e-library - Abstract, dissertation, book

Materials of this site are available for review, all rights belong to their respective owners.
If you do not agree with the fact that your material is placed on this site, please, email us, we will within 1-2 business days delete him.